

Mulakan dengan Mac anda
Anda boleh menyediakan dan mula menggunakan Mac baharu anda serta-merta. Pilih hias latar untuk desktop anda, tukar seting biasa, mula menggunakan app dan banyak lagi.

Bertukar daripada Windows ke Mac?
Jika anda bertukar ke Mac, mulakan di sini untuk membuat peralihan lancar. Ketahui cara menggunakan Mac, cara memindahkan fail anda daripada PC anda dan banyak lagi.

Gunakan Mac anda dengan peranti Apple lain
Mac anda berfungsi dengan semua peranti Apple lain anda dengan lancar. Lihat dan kawal iPhone anda terus daripada desktop Mac, salin dan tampal antara peranti dan banyak lagi.

Baharu dalam macOS Tahoe
macOS Tahoe mempunyai reka bentuk baharu yang segar dan membantu anda bekerja serta berkomunikasi dengan lebih lancar. Buat panggilan telefon daripada Mac anda, gunakan Spotlight untuk mencari dan mengambil tindakan tanpa membuka app, dapatkan terjemahan automatik dalam panggilan dan mesej serta banyak lagi.

Kawal privasi dan keselamatan anda
Privasi dan keselamatan anda diutamakan. Mac anda termasuk alat terbina dalam untuk melindungi maklumat penting anda—daripada pengurusan kata laluan hingga pelayaran peribadi dan banyak lagi.

Terpadam kata laluan?
Ketahui cara untuk memulihkan kata laluan atau kunci laluan yang dipadamkan.

Kenali Mac anda
Anda mempunyai Mac baharu? Ketahui perkara asas untuk model anda.

Apple Intelligence
Peribadi, sulit—dan diintegrasikan ke macOS.
Untuk meneroka Panduan Pengguna Mac, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.
Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati tapak web Sokongan macOS.